Young Tigers Terus Cemerlang, Rakam Kemenangan Kedua Piala Remaja Asia

Impian Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan untuk melangkah ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China terus berada di landasan tepat susulan kemenangan kedua hari ini.   Ketua Jurulatih Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin menyifatkan prestasi dalam kemenangan 4-2 ke atas Bangladesh hari ini jauh lebih baik jika dibandingkan ketika menewaskan […]

Young Tigresses Tekad Bangkit Semula Daripada Bawah

Ketua Jurulatih Skuad Remaja Wanita Kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menuntut para pemain bangkit menunjukkan reaksi balas yang lebih positif untuk aksi ketiga Kumpulan Elit Piala Remaja 2026 menentang Korea Selatan esok.   Ia susulan kekalahan kedua dialami Young Tigresses dalam kempen di Moqi, China, termasuk tewas 1-11 kepada India dalam perlawanan kedua hari ini. […]

Permulaan Positif, Young Tigers Belasah Kazakhstan

Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan memulakan kempen Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China dengan begitu positif menerusi kemenangan selesa 8-0 ke atas Kazakhstan dalam aksi pertama Kumpulan B hari ini.   Biarpun Young Tigers terlalu dominan dan sukar ditandingi oleh Kazakhstan, namun Ketua Jurulatih Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin masih merasakan ada […]

Young Tigresses Raih Pengalaman Berharga Menentang China

Ketua Jurulatih Skuad Remaja Wanita Kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim tetap memuji barisan pemainnya ketika menentang China yang merupakan antara pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Remaja Asia 2026.   Meskipun tewas 1-6 kepada tuan rumah pada aksi pertama Kumpulan Elit di Pusat Latihan Moqi, namun Young Tigresses masih berjaya menjaringkan satu gol ke atas naib […]

Perak Terus Mengganas, Ledak 24 Gol Dalam Dua Aksi TNB TARC 2026

Perak terus membuktikan kesungguhan tinggi untuk menjuarai Kejohanan Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak (TARC) 2026 apabila sekali lagi mencatat kemenangan besar buat kali kedua berturut-turut.   Hari ini, Perak menang bergaya 13-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Hoki Pandamaran (MBDK), Klang untuk mengumpul enam mata selepas terdahulu menewaskan Selangor 11-0 dalam aksi pertama […]

Terengganu Langkah Kanan, Perak, KL dan Pahang Menang Besar

Juara bertahan dua tahun berturut-turut Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak (TARC), Terengganu membuka langkah kanan pada aksi pembukaan edisi 2026 dengan kemenangan 2-1 ke atas Johor di Stadium Hoki Pandamaran (MBDK), Klang hari ini.   Meskipun mencatat kemenangan tipis, tetapi ia merupakan permulaan positif buat gergasi Pantai Timur itu dalam saingan Kumpulan A yang […]

Speedy Tigers Janji Akan Lebih Membanggakan Di Sukan Asia

Ketua Jurulatih Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, Brendon Carolan tetap gembira dengan keseluruhan prestasi para pemainnya, sekali gus memberi gambaran positif ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dari 19 September hingga 4 Oktober nanti.   Beliau menyifatkan Speedy Tigers sudah bermain bagus, namun nasib tidak memihak mereka apabila menutup kempen Piala Dunia 2026 di kedudukan ke-16 selepas […]

Skuad Remaja Lelaki Dan Wanita Kebangsaan Sedia Galas Tugas Di Piala Remaja Asia 2026

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini mengumumkan senarai 20 pemain Skuad Remaja Lelaki dan Wanita Kebangsaan yang bakal menggalas tugas membawa cabaran Malaysia di Kejohanan Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China dari 4 hingga 13 September ini.   Kejohanan itu amat penting buat kedua-dua pasukan remaja negara kerana selain daripada memburu kedudukan podium, ia […]

Young Tigress Perlu Serlah Potensi Sebenar, Rebut Tiket Piala Dunia Remaja

Layak ke Piala Dunia Hoki Remaja 2027 menjadi matlamat utama Skuad Remaja Wanita Kebangsaan pada saingan Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China yang akan berlangsung dari 4 hingga 13 September ini.   Ketua Jurulatih Skuad Remaja Wanita Kebangsaan, Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim berharap para pemainnya dapat menampilkan persembahan yang berkualiti setaraf dengan potensi sebenar […]

Speedy Tigers Mahu Akhiri Piala Dunia Dengan Kemenangan

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan mahu menutup kempen Piala Dunia 2026 dengan kemenangan ke atas Wales dalam penentuan tempat ke-15 dan 16 di Arena Hoki Belfius pada 28 Ogos ini.   Bagi ketua jurulatihnya, Brendon Carolan, beliau menyifatkan kemenangan secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi barisan pemainnya untuk menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dari 19 September […]