Kedudukan Podium Sasaran Young Tigers Di Piala Remaja Asia 2026

Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan meletakkan sasaran awal mara ke separuh akhir dalam misi memburu kedudukan podium pada saingan Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China dari 4 hingga 13 September ini.   Ini bagi memastikan Young Tigers mencapai objektif pertama dengan menyambar tiket automatik daripada enam slot ditawarkan ke Piala Dunia Hoki Remaja 2027.   […]

Speedy Tigers Pamer Karakter Tidak Mudah Mengalah, Bangkit Ikat Afrika Selatan

Sikap tidak mudah mengaku kalah menjadi antara faktor utama kejayaan Skuad Senior Lelaki Kebangsaan mengikat Afrika Selatan 3-3 dalam aksi terakhir klasifikasi Kumpulan H, FIH Hoki Piala Dunia 2026 di Arena Hoki Belfius hari ini.   Apa yang membanggakan adalah jaringan di saat-saat akhir Faizal Saari pada minit ke-60 menjadi reaksi balas sempurna daripada Speedy […]

Speedy Tigers Beri Tekanan Walaupun Akur Tewas

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan membuktikan mereka mempunyai kualiti untuk menghasilkan jaringan dalam keadaan tertekan walaupun akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 4-7 kepada Ireland pada aksi Piala Dunia 2026 hari ini.   Ia adalah salah satu elemen positif ditunjukkan barisan pemain Speedy Tigers yang sama sekali tidak mudah berputus asa dan menyerah kalah meskipun mereka ketinggalan […]

Speedy Tigers Hampir Kejutkan Belgium, Kini Fokus Baiki Ranking Dunia

Walaupun keputusan tidak memihak Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, tetapi pujian tinggi harus diberikan kerana berjaya menghadirkan tentangan yang begitu sengit kepada pasukan No.1 dunia, Belgium.   Speedy Tigers terpaksa akur tidak berjaya mencipta kejutan penuh sensasi untuk mara ke suku akhir selepas tewas bermaruah 3-5 kepada Belgium dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala Dunia 2026 […]

Speedy Tigers Diikat Perancis, Pamer Persembahan Cukup Terpuji

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan hampir-hampir berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan Perancis, namun terpaksa akur seri 3-3 dalam aksi kedua Kumpulan B Piala Dunia 2026 di Arena Hoki Belfius hari ini.   Bagaimanapun, pujian tinggi harus diberikan kepada Speedy Tigers kerana menunjukkan persembahan berkualiti termasuk meraih gol kemenangan pada 30 saat terakhir menerusi Mohd Fitri Saari, […]

Speedy Tigers Sasar Kebangkitan Menentang Perancis

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan bertekad untuk bangkit menebus kekecewaan tewas kepada Jerman semalam menjelang aksi kedua Kumpulan B Piala Dunia 2026 menentang Perancis di Arena Hoki Belfius malam esok.   Ketua Jurulatih Speedy Tigers, Brendon Carolan percaya ia tetap bukan satu tugas yang mudah memandangkan Perancis berjaya memberikan tentangan sengit kepada Belgium meskipun akhirnya tewas […]

Zaimi Curi Perhatian Pada Aksi Pembukaan

Penjaga Gol Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, Muhammad Zaimi Mat Deris layak diberi pujian kerana menampilkan aksi cemerlang menentang Jerman dalam aksi Piala Dunia 2026 di Arena Hoki Belfius hari ini.   Meskipun tewas 1-5 kepada juara bertahan dalam aksi pertama Kumpulan B, namun Zaimi berjaya menyelamatkan gawang dalam banyak situasi sehingga mendapat pujian ketua jurulatih […]

Speedy Tigers Sedia Banggakan Malaysia

Ketua Jurulatih Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, Brendon Carolan percaya barisan pemain sudah bersedia sepenuhnya memulakan kempen Piala Dunia 2026 menentang Jerman di Arena Hoki Belfius, Belgium malam esok (15 Ogos).   Carolan juga menyifatkan semangat pemain pada tahap tertinggi untuk memberikan tentangan yang cukup kompetitif meskipun jurang ranking dunia agak besar dengan Jerman di tangga […]

Peluang Akhimullah Buktikan Kemampuan Di Pentas Dunia

Penyerang Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, Mohamad Akhimullah Anuar Esook kini bersedia membuka satu lagi lembaran baharu dalam kariernya apabila bakal membuat penampilan sulung di pentas Piala Dunia 2026.   Akhimullah pernah menempa pelbagai kejayaan di peringkat tertinggi acara hoki lima sebelah (5s) seperti penjaring terbanyak dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2018 di […]

Sukan Hoki Sentiasa Ada Eleman Kejutan – Amirul

Beraksi dalam kumpulan maut di pentas Piala Dunia 2026 tidak menghadirkan rasa gerun, sebaliknya meningkatkan motivasi Pemain Pertahanan Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, Muhammad Amirul Hamizan Azahar.   Amirul berpandangan ia satu peluang keemasan yang jarang berlaku kepada mana-mana pemain untuk meraih pengalaman menentang dua juara dunia seperti Jerman dan Belgium dalam satu kumpulan yang sama […]