SSTMI Thunderbolts dan SSBJ Thunderbolts Berentap Di Final

In MAIN

SSTMI Thunderbolts dan SSBJ Thunderbolts memastikan kemaraan mereka di pentas Final Piala TNB, TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2024 selepas menutup aksi separuh akhir Piala TNB yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, hari ini dengan kemenangan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu di final Piala TNB adalah pada tahun 2021 dan final edisi 2024 ini pastinya lebih menarik apabila SSTMI Thunderbolts turun dengan misi untuk mempertahankan kejuaraan sementara SSBJ Thunderbolts mahu membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

Juara bertahan SSTMI Thunderbolts, pada aksi separuh akhir hari ini berjaya menidakkan cabaran Anderson Thunderbolts apabila menewaskan lawannya itu 4-1menerusi dua gol padang (Mohamad Syazwan Mohd Shamsul, minit ke-6 dan Ahmad Fauzi Solleh, minit ke-7) dan dua gol pukulan sudut penalti (Darwisy Hamdan, minit ke-51 dan Jebat Aiman Mohd Jeffri, minit ke-54).

Pengendali SSTMI Thunderbolts, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahmat, menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan anak-anak buahnya yang berjaya ke final dan selangkah untuk mengekalkan kejuaraan sambil berharap pemain kekal fokus hingga tamat perlawanan akhir.

“Apa yang kami lihat, lawan kami di pentas final, SSBJ Thunderbolts telah menunjukkan banyak peningkatan dalam pusingan kalah mati ini.

“Saya mengharapkan pemain-pemain tidak mudah leka dalam serta melakukan kesilapan-kesilapan mudah dalam perlawanan akhir nanti. Kesilapan dan kelekaan akan mengundang padah dan saya berharap perkara tersebut tidak akan berlaku,” jelasnya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu jaringan pendahuluan menerusi gerakan padang Raahul Fazrien Muhammad Nazren pada minit keempat dan gol Naaveennash Panicker pada minit ke-31 sudah cukup untuk memastikan kemaraan SSBJ Thunderbolts mengiringi SSTMI Thunderbolts ke final.

Keputusan hari ini:

SEPARUH AKHIR

PHJ-MSNJ 0-2 SSBJ THUNDERBOLTS

SSTMI THUNDERBOLTS 4-1 ANDERSON THUNDERBOLTS

Recent Posts

Leave a Comment