
KEPUTUSAN
Klasifikasi tempat 9-12
NEW ZEALAND……..3 AFRIKA SELATAN……3
(Afrika Selatan menang 4-3, penentuan shoot-out)
AFRIKA Selatan menggapai peluang mereka memburu posisi terbaik di kejohanan selepas memenangi perlawanan klasifikasi 9-12 dengan kemenangan 4-3 ke atas New Zealand menerusi penentuan shoot-out di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Masa penuh permainan tamat dengan kedudukan terikat 3-3 selepas Afrika Selatan bangkit garang pada babak kedua untuk mengikat wakil dari Oceania itu.
Apapun, New Zealand mendahului selesa 3-0 satu ketika pada babak kedua, namun Afrika Selatan tidak mudah mahu mengalah dan berjaya bertindak agresif untuk menyamakan kedudukan 3-3 untuk mengheret perlawanan ke penentuan shoot-out.
Berbekal kemenangan bermakna ini, Afrika Selatan akan menentang Belgium untuk penentuan tempat ke-9, Jumaat ini.
Belgium terdahulu menewaskan tuan rumah, Malaysia 5-3 menerusi penentuan shoot-out selepas terikat 2-2 dalam satu lagi perlawanan peringkat sama.
PENJARING
New Zealand: Aiden Bax, minit ke-11, Sam Lints, minit ke-13, James Hickson, minit ke-34
Afrika Selatan: Hans Neethling, minit ke-34, Ayaka Mthalane, minit ke-40
JUMAAT
Penentuan tempat ke 9-10
Belgium lwn Afrika Selatan (5.15 ptg)
Penentuan tempat ke 11-12
Malaysia lwn New Zealand (3 ptg)