FINAL KLASIK BAKAL WARNAI BUKIT JALIL

DUA wakil Eropah – Jerman dan Perancis akan membawa ramuan tersendiri apabila bertembung dalam final Piala Dunia Remaja, esok dan pada pengamatan pemerhati hoki ia harus dilabel satu pertarungan klasik penuh emosi. Jerman mahu memburu trofi keempat di Malaysia yang dianggap ‘bumi bertuah’ manakala Perancis ghairah mengecapi detik juara buat julung kali di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Pemain Jerman Liam Holdermann (dua dari kiri) meraikan jaringan gol bersama pasukan dalam Piala Dunia Remaja di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Pertemuan ini juga ulangan kepada final pada 2013 di New Delhi yang berkesudahan Jerman menang 5-2 untuk mengutip koleksi trofi keenam mereka sejak 1979. Apa yang terpapar adalah dua finalis ini tidak ada sifat ego tapi masing-masing penuh dengan muslihat untuk mengatasi satu sama lain. Perancis dengan corak permainan mudah dan efektik tapi Jerman pula membaca dulu kekuatan lawan sebelum hadir ‘membunuh mereka’. Ia jelas ketika Jerman bijak mencari jalan menumpaskan India 4-1 dalam saingan separuh akhir. Malam esok, ketua jurulatih Perancis, Matthias Dierckens pasti tidak mahu berputih mata melihat gelaran terlepas daripada genggaman tetapi akur lawan mereka itu lebih perkasa dan dianggap barisan pilihan untuk menang.
Kapten pasukan Perancis Gaspard Xavier (kanan) beraksi di dalam Piala Dunia Remaja di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Entah yang mana satu betul. Ini kerana ketua jurulatih Jerman, Rein Van Eijk sebelumnya juga menyebut Perancis adalah pilihan selepas mengalahkan mereka 2-0 dalam saingan Kumpulan B pada 6 Disember lalu. Apabila diajukan persoalan iu, Dierckens pantas menolak dengan berkata: “Tidak, tidak, kami bukan pilihan. Jerman adalah pilihan final. Keputusan perlawanan peringkat kumpulan bukan lagi satu ukuran . Jerman jika tidak gembira (kalah 0-2) adalah satu petanda bahaya untuk kami dalam perlawanan akhir nanti.” Pengendali itu juga mengutarakan pandangan betapa Jerman mendapat lebih pendedahan antarabangsa berbanding mereka sebelum hadir pada edisi kali ini di Kuala Lumpur. “Kami tidak ada peluang pendedahan seperti mereka. Ini membuat mereka sebagai pilihan untuk menang. Tapi saya perlu berkata pada hari terbaik Perancis boleh menewaskan mana-mana pasukan,”katanya. Pengalaman beraksi dalam sembilan final sejak 1979 juga disebut-sebut menjadi satu kelebihan kepada Jerman, esok dan ia adalah intipati yang memihak mereka walaupun Perancis bertambah yakin ada setiap perlawanan. Ketua jurulatih, Van Eijk, disebalik rasa hormat kepada lawan mereka dari Eropah itu, tidak menyembunyikan hakikat betapa teruja pasukannya untuk beraksi semula di Malaysia. “Apabila kami menjejak kaki ke bumi Malaysia ia pantas mengembalikan saat bersejarah itu. Kami mahu mengekalkan rekod bersih (clean sheet) dan faktor ini mendorong pemain saya untuk turun dan menang buat kali keempat, Sabtu ini. “Sebelum itu kami perlu melepasi satu halangan besar dari Perancis. Mereka belum kalah dalam kejohanan ini dan beraksi secara konsisten. Mereka juga meningkat maju pada setiap perlawanan. “Apapun, inilah final dan kami bersedia menghadapi segala kemungkinan atas padang nanti,” katanya. Van Eijk juga bagai mahu menghadiahkan kemenangan ini untuk peminat Malaysia apabila bersuara pasukannya kagum dengan rakyat di sini yang amat mencintai hoki, hampir sama seperti India. Dari perspektif perlawanan akhir nanti, kita tidak boleh menolak hakikat betapa sokongan peminat tempatan harus terarah kepada Jerman untuk menang lagi di sini. SABTU PENENTUAN TEMPAT 7/8 ARGENTINA lwn PAKISTAN (9 pagi) PENENTUAN TEMPAT 5/6 AUSTRALIA lwn BELANDA (11.15 pagi) KETIGA INDIA lwn SEPANYOL (6 ptg) FINAL JERMAN lwn PERANCIS (8.30 mlm) KETIGA INDIA lwn SEPANYOL (6 ptg) DUA wakil Eropah – Jerman dan Perancis akan membawa ramuan tersendiri apabila bertembung dalam final Piala Dunia Remaja, esok dan pada pengamatan pemerhati hoki ia harus dilabel satu pertarungan klasik penuh emosi. Jerman mahu memburu trofi keempat di Malaysia yang dianggap ‘bumi bertuah’ manakala Perancis ghairah mengecapi detik juara buat julung kali di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Pertemuan ini juga ulangan kepada final pada 2013 di New Delhi yang berkesudahan Jerman menang 5-2 untuk mengutip koleksi trofi keenam mereka sejak 1979. Apa yang terpapar adalah dua finalis ini tidak ada sifat ego tapi masing-masing penuh dengan muslihat untuk mengatasi satu sama lain. Perancis dengan corak permainan mudah dan efektik tapi Jerman pula membaca dulu kekuatan lawan sebelum hadir ‘membunuh mereka’. Ia jelas ketika Jerman bijak mencari jalan menumpaskan India 4-1 dalam saingan separuh akhir. Malam esok, ketua jurulatih Perancis, Matthias Dierckens pasti tidak mahu berputih mata melihat gelaran terlepas daripada genggaman tetapi akur lawan mereka itu lebih perkasa dan dianggap barisan pilihan untuk menang. Entah yang mana satu betul. Ini kerana ketua jurulatih Jerman, Rein Van Eijk sebelumnya juga menyebut Perancis adalah pilihan selepas mengalahkan mereka 2-0 dalam saingan Kumpulan B pada 6 Disember lalu. Apabila diajukan persoalan iu, Dierckens pantas menolak dengan berkata: “Tidak, tidak, kami bukan pilihan. Jerman adalah pilihan final. Keputusan perlawanan peringkat kumpulan bukan lagi satu ukuran . Jerman jika tidak gembira (kalah 0-2) adalah satu petanda bahaya untuk kami dalam perlawanan akhir nanti.” Pengendali itu juga mengutarakan pandangan betapa Jerman mendapat lebih pendedahan antarabangsa berbanding mereka sebelum hadir pada edisi kali ini di Kuala Lumpur. “Kami tidak ada peluang pendedahan seperti mereka. Ini membuat mereka sebagai pilihan untuk menang. Tapi saya perlu berkata pada hari terbaik Perancis boleh menewaskan mana-mana pasukan,”katanya. Pengalaman beraksi dalam sembilan final sejak 1979 juga disebut-sebut menjadi satu kelebihan kepada Jerman, esok dan ia adalah intipati yang memihak mereka walaupun Perancis bertambah yakin ada setiap perlawanan. Ketua jurulatih, Van Eijk, disebalik rasa hormat kepada lawan mereka dari Eropah itu, tidak menyembunyikan hakikat betapa teruja pasukannya untuk beraksi semula di Malaysia. “Apabila kami menjejak kaki ke bumi Malaysia ia pantas mengembalikan saat bersejarah itu. Kami mahu mengekalkan rekod bersih (clean sheet) dan faktor ini mendorong pemain saya untuk turun dan menang buat kali keempat, Sabtu ini. “Sebelum itu kami perlu melepasi satu halangan besar dari Perancis. Mereka belum kalah dalam kejohanan ini dan beraksi secara konsisten. Mereka juga meningkat maju pada setiap perlawanan. “Apapun, inilah final dan kami bersedia menghadapi segala kemungkinan atas padang nanti,” katanya. Van Eijk juga bagai mahu menghadiahkan kemenangan ini untuk peminat Malaysia apabila bersuara pasukannya kagum dengan rakyat di sini yang amat mencintai hoki, hampir sama seperti India. Dari perspektif perlawanan akhir nanti, kita tidak boleh menolak hakikat betapa sokongan peminat tempatan harus terarah kepada Jerman untuk menang lagi di sini. SABTU PENENTUAN TEMPAT 7/8 ARGENTINA lwn PAKISTAN (9 pagi) PENENTUAN TEMPAT 5/6 AUSTRALIA lwn BELANDA (11.15 pagi) KETIGA INDIA lwn SEPANYOL (6 ptg) FINAL JERMAN lwn PERANCIS (8.30 mlm) KETIGA INDIA lwn SEPANYOL (6 ptg)