KEPUTUSAN
(Klasifikasi tempat ke-5/8)
ARGENTINA………………0 BELANDA…………….1

DYLAN Lucieer muncul wira Belanda selepas jaringan tunggalnya membantu pasukan menewaskan juara bertahan, Argentina 1-0 dalam perlawanan klasifikasi tempat ke-5 hingga 8, pagi ini.
Jaringan padang yang cantik pada minit ke-36 adalah satunya adegan menarik ketika jangkakan awal pertarungan ini akan menjadi sengit, meleset sama sekali di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Pemain Belanda Casper Berkman cuba menghalang percubaan pemain Argentina dalam saingan klasifikasi tempat ke 5 hingga ke 8 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Belanda – pemenang pingat perak pada 1989, 2005 – akan bertemu pemenang di antara Pakistan atau Australia pada Sabtu ini untuk penentuan tempat ke-5.
Babak pertama tidak banyak melihat gempuran yang mengancam, sebaliknya kedua-dua pasukan mengambil sikap berwaspada dengan memusatkan tumpuan kepada aspek pertahanan.
Kesungguhan mereka untuk mencari jaringa juga terppar apabila kedua-dua pasukan hanya berupaya mendapatkan satu pukulan sudut penalti untuk menyaksikan permainan berkesudahan 0-0.
Selepas rehat, Belanda nampak menunjukkan selera awal dan mengaut peuang dengan gol penting oleh Dylan. Argentina melakukan segala yang terdaya namun keringat mereka itu mencapai jalan buntu.