NARDOLILLO WIRA ARGENTINA BENAM AUSTRALIA

ARGENTINA 1 AUSTRALIA 0
SEPANYOL 7 KANADA 0

JUARA bertahan, Argentina meledakkan gol penting dua minit sebelum tamat permainan untuk menyalakan impian mereka selepas menewaskan Australia 1-0 dalam saingan tumpuan Kumpulan A, Kejohanan Piala Dunia Remaja di Stadium Hoki Bukit Jalil, hari ini.

Jaringan tunggal itu hadir pada mini ke-58 hadir menerusi Ignacio Nordolillo yang mencetus sorakan di kalangan penonton kecil ketika permainan ini tampak menuju kepada keputusan seri tanpa jaringan.

Pemain Sepanyol menyambut jaringan rakan sepasukan ketika menewaskan Kanada 7-0 dalam saingan Kumpulan C di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada petang inii.

 

“Saya gembira gol saya dapat membantu pasukan kutip mata penuh. Kebetulan saya berada tepat pada tempatnya untuk menerima hantaran dalam situasi tertekan sebelum menolak masuk,” kata penyerang itu.

Argentina akan menentang tuan rumah, Malaysia pada Rabu ini untuk menentukan tiket ke suku akhir kejohanan pada edisi ke-13 kali ini.

Apapun, tanggapan bahawa pertembungan ini akan mencetuskan satu aksi menarik jelas meleset, sebaliknya, kedua-dua pasukan lebih gemar bermain secara selamat untuk mengurangkan kesilapan.

Anehnya, tidak banyak gempuran pantas dilakukan dengan limpahan bakat daripada kedua-dua pasukan yang turut mengundang rasa puas hati di kalangan penonton.

APA KATA MEREKA
Juan Gilardi (ketua jurulatih Argentina)
“Kami berhak menang perlawanan ini. Pemain juga lega selepas mendapat semula peralatan kayu hoki dan bagasi yang hilang sebelum ini. Saya rasa semua sudah kembali kepada asal dan mahu memberi tumpuan penuh dalam kejohanan.
“Australia memang pasukan liat tapi satu gol memisahkan kedua-dua pasukan dan kami gembira mata penuh jadi milik kami.”

“Selepas ini kami akan menghadapi satu lagi ujian apabila bertemu Malaysia. Mereka barisan penuh kemahiran dan laju. Pasukan tuan rumah juga ada sokongan penyokong dan saya menjanka satu lagi permainan menarik untuk ditontoni semua.”

Jay Stacy (ketua jurulatih Australia)
“Kami cukup kecewa gagal mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata tapi ini bukan masanya untuk bersedih. Saya dapat lihat pemain juga agak gementar sedikit pada perlawanan pertama mereka.
Kekalahan ini tidak bererti semuanya sudah berakhir. Kami perlu menilai persembahan pada hari ini dan membetulakn keadaan dengan cepat untuk memulihkan keyakinan.

Apa lebih penting selepas ini adalah untuk beri fokus kepada perlawanan berikut menentang Chile (6 Disember). Kami mahu bermain seperti mana ditunjukkan hari ini untuk kembali menguatkan peluang dalam saingan ke suku akhir.”

Sementara itu, dalam perlawanan Kumpulan C, Sepanyol tunjuk belang apabila bersahaja membelasah Kanada 7-0 untuk mendapatkan cengkaman awal dalam cabaran mereka di JWC kali ini.
Persembahan garang ini harus memberi mereka satu suntikan apabila berdepan bekas juara, India dalam perlawanan kedua pada Khamis (7 Disember).


Pertemuan yang bermula selepas hujan lebat bagaikan rahmat untuk Sepanyol apabila mendahului selesa 3-0 pada babak pertama menerusi jaringan menerusi Nicolas Alvarez pada minit ke-2, Pol Cabre Verdiell (m11) dan Andreas Rafi (m18).
Selepas rehat, Kanada gagal memberikan saingan dan sifat bersahaja itu melihat Sepanyol menambah derita lawan dengan tambahan jaringan menerusi Oriol Bozel (m44, 45), Xavier Barutell (m52) dan Bruno Font (m55).

APA KATA MEREKA
Oriol Torras Puig (Ketua jurulatih Sepanyol)
“Saya gembira dengan persembahan kami hari ini dan mahu menyambung rentak sama dalam semua perlawanan kumpulan. Padang juga bukan dalam keadaan baik seleps hujan lebat, tambahan kasut pemain agak berat dalam gerakan mereka.
Kami mahu memberi satu lagi persembahan baik apabila menentang India (7 Disember) dan mahu cuba mengilhamkan keputusan positif untuk layak ke suku akhir.

Geoffrey Matthews (Ketua jurulatih Kanada)
Kami bergelut untuk menangani kelajuan Sepanyaol dan hujan serta gelanggang basah juga menambah kesulitan rentak psrmainan. Kami juga melakukan kesilapan dan ini menyentap cabaran kami.