Kurang 100 hari menjelang Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki Kuala Lumpur, Malaysia 2023! Persediaan menuju ke kejohanan tersebut sedang giat dilakukan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) selaku penganjur dan Pasukan Remaja Lelaki Kebangsaan yang akan membuat penampilan.
Ikuti temubual bersama Ketua Jurulatih Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan, Muhamad Amin Rahim mengenai perancangan yang sedang diatur oleh beliau bersama barisan kejurulatihan yang lain.