19 Pemain Bawa Cabaran Malaysia Di Trofi Juara-Juara Asia 2024

Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2024 bakal membuka tirai pada 8 hingga 17 September ini di Hulunbuir, Inner Mongolia, China dan Malaysia akan dicabar oleh Pakistan, juara bertahan India, Jepun , tuan rumah China, dan Korea Selatan.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), hari ini, menerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan mengumumkan barisan 19 pemain yang menggalas tanggungjawab membawa cabaran Malaysia bagi edisi ke-8 kejohanan itu.

Kejohanan ACT 2024 merupakan kejohanan ketiga pasukan kebangsaan bagi tahun 2024 di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Pasukan Lelaki Kebangsaan, Sarjit Singh selepas Piala Sultan Azlan Shah dan Piala Negara-Negara (Nations Cup) yang berlangsung pada Mei lalu.

Jelas Coach Sarjit Singh, skuad kendaliannya itu telah melakukan persiapan dengan baik termasuk telah mendapat perlawanan yang cukup berkualiti sewaktu Siri Jelajah Eropah pada bulan lepas.

Selain itu, pemilihan pemain yang dibawa ke Inner Mongolia, China adalah berdasarkan prestasi semasa mereka dan turut mengambil kira keadaan fizikal pemain yang tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Untuk kejohanan ini, apa yang kami barisan kejurulatihan mahu pemain tunjukkan adalah peningkatan prestasi mereka daripada satu perlawanan ke satu perlawanan, selain perlu ada penambahbaikan kualiti permainan mereka daripada kejohanan yang lepas.

“Kami juga mahukan pemain konsistan apabila setiap kali turun beraksi kerana matlamat pasukan adalah kami mahukan perkembangan yang positif untuk jangka masa panjang dan kami barisan kejurulatihan berharap pemain akan sekurang-kurangnya ke separuh akhir.

“Harapan barisan kejurulatihan pastinya mahu melihat perkembangan positif pasukan dari semasa ke semasa dan setiap pemain mengambil tanggungjawab penuh apabila beraksi di atas padang kerana mereka membawa nama Malaysia,” jelas beliau.

Pada edisi tahun lalu di Chennai India, Speedy Tigers muncul selaku naib juara selepas tewas tipis 3-4 ditangan India. Pasukan Senior Lelaki Kebangsaan dijadualkan berlepas pada 3 September dan kembali ke Kuala Lumpur pada 18 September 2024.

Berikut merupakan senarai 19 pemain Senior Lelaki Kebangsaan yang membawa cabaran Malaysia di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2024, Hulunbuir, Inner Mongolia, China.

NO NAMA POSISI
1 MUHAMAD ZAIMI MAT DERIS PENJAGA GOL
2 ADRIAN ANDY ALBERT PENJAGA GOL
3 MUHAMMAD MARHAN JALIL (KAPTEN) PERTAHANAN
4 FAIZ HELMI JALI PERTAHANAN
5 MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN AZHAR PERTAHANAN
6 MUHAMMAD NAJIB ABU HASSAN PERTAHANAN
7 MUHAMAD FARIS HARIZAN PERTAHANAN
8 SYARMAN MAT TEE PERTAHANAN
9 MOHD FITRI SAARI TENGAH
10 NIK MUHAMMAD AIMAN NIK ROZEMI TENGAH
11 SHELLO SILVERIUS TENGAH
12 MUHAMAD SHAFIQ HASSAN TENGAH
13 MUHAMMAD SYAWAL ABD RAZAK TENGAH
14 FAIZAL SAARI PENYERANG
15 MUHAMMAD AZRAI AIZAD ABU KAMAL PENYERANG
16 MUHAJIR ABDU RAUF PENYERANG
17 NORSYAFIQ SUMANTRI PENYERANG
18 AZIMUDDIN SYAKIR KAMARUDDIN PENYERANG
19 MOHAMAD AKHIMULLAH ANUAR ESOOK PENYERANG

Berikut merupakan jadual perlawanan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2024, Hulunbuir, Inner Mongolia, China.

NO TARIKH PERLAWANAN MASA
1 8 Sept 24 Malaysia lwn Pakistan 3:45 petang
2 9 Sept 24 China lwn Malaysia 6:00 petang
3 11 Sept 24 Malaysia lwn India 3:45 petang
4 12 Sept 24 Jepun lwn Malaysia 1:30 petang
5 14 Sept 24 Malaysia lwn Korea 1:30 petang
6 16 Sept 24 Penentuan Tempat ke-5 / ke-6 

Separuh Akhir 1 (2nd pool lwn 3rd pool)

Separuh Akhir 2 (1st pool lwn 4th pool)

1:00 petang 

3:30 petang

6.00 petang

7 17 Sept 24 Penentuan Tempat ke-3 / ke-4 

FINAL

3:30 petang 

6.00 petang

**Masa Perlawanan Adalah Waktu Malaysia