Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini telah mengumumkan tiga belas jawatankuasa dan barisan pengerusi yang akan menggalas tugas mereka untuk tempoh empat tahun akan datang bagi memastikan perjalanan KHM terus berada di landasan yang terbaik.
Pengumuman dibuat oleh Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal selepas tamat Mesyuarat Ahli Lembaga Eksekutif yang berlangsung di pejabat KHM dan menyaksikan hanya tiga jawatankuasa bakal dinaungi oleh pengerusi yang baharu iaitu Jawatankuasa Kejurulatihan, Jawatankuasa Penajaan Dan Pemasaran serta Jawatankuasa Perubatan.
Dalam pada itu, Naib Presiden KHM, Dato’ Haji Mohd Saiyuti Abd Samad yang sebelum ini mengemudi Jawatankuasa Kejurulatihan telah dilantik selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden KHM, Dato’ Ahmad Najmi Abdul Razak.
Jelas Dato’ Sri Subahan Kamal dalam pengumuman yang sama, Dato’ Haji Mohd Saiyuti akan bertindak sebagai individu penting yang bertanggungjawab serta menyelaras Pasukan Hoki Wanita Kebangsaan yang mempunyai misi penting iaitu menamatkan Temasya Sukan Asia 2026 dalam kedudukan podium.
Bagi memastikan misi tersebut tercapai, keseluruhan barisan Ahli Lembaga Eksekutif KHM telah sebulat suara bersetuju untuk memberikan tugas tersebut kepada Dato’ Haji Mohd Saiyuti yang merupakan bekas pemain kebangsaan yang cukup berpengalaman.
Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Dato’ Haji Mohd Saiyuti, KHM percaya dan yakin kerjasama rapat beliau bersama barisan kejurulatihan Pasukan Wanita kebangsaan mampu untuk merealisasikan sasaran enam tahun yang telah ditetapkan oleh KHM pada tahun 2020 lalu.
Berikut merupakan senarai Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Konfederasi Hoki Malasyia bagi penggal 2023/2027
Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Hoki 5s dan Prestasi Tinggi, En. Hasnizam Hassan, turut mengumumkan senarai 10 pemain Hoki 5s Kebangsaan Lelaki dan Wanita yang akan membawa cabaran Malaysia bagi Kejohanan FIH Hoki 5s Piala Dunia 2024 di Muscat Oman.
Kejohanan bagi Kategori Wanita akan berlangsung terlebih dahulu pada 24 hingga 27 Januari 2024 dengan Pasukan Wanita Kebangsaan telah diundi dalam Kumpulan A bersama Fiji, Belanda dan tuan rumah, Oman.
Sementara bagi Kategori Lelaki, kejohanan akan bermula pada 28 hingga 31 Januari 2024 dengan Pasukan Lelaki Kebangsaan diletakkan dalam Kumpulan D bersama Fiji, Amerika Syarikat dan tuan rumah, Oman.
Pasukan Hoki 5s Wanita Kebangsaan akan berlepas ke Oman pada awal pagi 19 Januari (Jumaat) sementara Pasukan Hoki 5s Lelaki Kebangsaan akan berlepas ke Oman pada awal pagi 23 Januari (Selasa).
Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan Skuad Hoki 5s Wanita Kebangsaan yang telah diundi di dalam Pool A
** MASA PERLAWANAN ADALAH WAKTU MALAYSIA
Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan Skuad Hoki 5s Lelaki Kebangsaan yang telah diundi di dalam Pool D
** MASA PERLAWANAN ADALAH WAKTU MALAYSIA
Berikut merupakan senarai 10 pemain Skuad Hoki 5s Wanita Kebangsaan bersama pegawai yang bakal membawa cabaran Malaysia di Kejohanan FIH Hoki 5s Piala Dunia 2024 (Wanita), Muscat, Oman.
Berikut merupakan senarai 10 pemain Skuad Hoki 5s Lelaki Kebangsaan bersama pegawai yang bakal membawa cabaran Malaysia di Kejohanan FIH Hoki 5s Piala Dunia 2024 (Lelaki), Muscat, Oman.
NO | JAWATANKUASA | PENGERUSI |
1 | KEWANGAN | YBHG. DATO’ SRI SUBAHAN KAMAL |
2 | PEMBANGUNAN | YBHG. DATO’ SRI SUBAHAN KAMAL |
3 | PERUNDANGAN DAN PROJEK KHAS | ENCIK JADADISH CHANDRA |
4 | HOKI DALAM DEWAN DAN AKADEMI RAJA ASHMAN SHAH | ENCIK SHURIZAN MANSOR |
5 | HUBUNGAN ANTARABANGSA | YBHG. DATIN MARY SAADIAH ZAINUDDIN |
6 | KEJURULATIHAN | YBHG. DATO’ MAJID MANJIT ABDULLAH |
7 | MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM | PUAN ROGAYAH MOHAMED |
8 | PENGADIL | ENCIK RANJIT SINGH GURDIAL SINGH |
9 | PENGURUSAN PASUKAN KEBANGSAAN | PENGERUSI: YBHG. DATO’ AHMAD NAJMI ABDUL RAZAK TIMBALAN: YBHG. DATO’ HAJI MOHD SAIYUTI ABD SAMAD |
10 | PERTANDINGAN | YBHG. DATO’ SRI DR. ANIL JEET SINGH |
11 | PRESTASI TINGGI DAN HOKI 5S | ENCIK HASNIZAM HASSAN |
12 | PERUBATAN | CIK ZAILILAH MD TAHIR |
13 | PENAJAAN DAN PEMASARAN | ENCIK GANESAN SHANMUGAM |

NO | HARI / TARIKH | MASA | PERLAWANAN |
1. | RABU : 24 JANUARI 2024 | 1:40 PETANG | MALAYSIA LWN OMAN |
2. | RABU : 24 JANUARI 2024 | 8:30 MALAM | MALAYSIA LWN BELANDA |
3. | KHAMIS : 25 JANUARI 2024 | 2:30 PETANG | FIJI LWN MALAYSIA |
NO | HARI / TARIKH | MASA | PERLAWANAN |
1. | AHAD : 28 JANUARI 2024 | 5:00 PETANG | MALAYSIA LWN OMAN |
2. | ISNIN : 29 JANUARI 2024 | 12:30 TENGAH MALAM | AMERIKA SYARIKAT LWN MALAYSIA |
3. | ISNIN : 29 JANUARI 2024 | 3:20 PETANG | MALAYSIA LWN FIJI |
MALAYSIA (WANITA) | ||
No. | NAMA | POSISI |
1 | SITI NOOR HAFIZA ZAINORDIN | PENJAGA GOL |
2 | FITRINUR AMIERA RAMLEE | PENJAGA GOL |
3 | NUR SHAFIKA AHMAD KAMIL | PERTAHANAN |
4 | NURUL SAFIQAH MAT ISA | PERTAHANAN |
5 | NUR SYAFIQAH MOHD ZAIN | PERTAHANAN |
6 | ELLYA SYAHIRAH ELLIAS | PERTAHANAN |
7 | DIAN NURSYAKIRA NAJWA AL-WADQA NAZERI | PENYERANG |
8 | QHAIRUNISYA MOHD ZANILI | PENYERANG |
9 | ZATI ALYANI MUHAMAD ZUBIR | PENYERANG |
10 | NUR ZAFIRAH AZIZ | PENYERANG |
PEGAWAI | ||
1 | HASNIZAM HASSAN | TEAM LEADER |
2 | ISMAIL IBRAHIM | PENGURUS |
3 | NABIL FIQRI MOHD NOOR | KETUA JURULATIH |
4 | MAS HUZAIMAH MD AZIZ | PENOLONG JURULATIH |

MALAYSIA (LELAKI) | ||
No. | NAMA | POSISI |
1 | MOHAMMAD HAIRI ABD RAHMAN | PENJAGA GOL |
2 | CHE SHAHRUL AZMI CHE SAUPI | PENJAGA GOL |
3 | MOHAMAD KAMARULZAMAN KAMARUDDIN | PERTAHANAN |
4 | LUQMAN NUL HAKIM AHMAD SHUKRAN | PERTAHANAN |
5 | MUHAMMAD FIRDAUS OMAR | PERTAHANAN |
6 | MUHAMMAD ARIF SYAFIE ISHAK | PERTAHANAN |
7 | MUHAMMAD ABID SUFIAN MAT RUSLEE | PENYERANG |
8 | MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ROSDI | PENYERANG |
9 | SYARMAN MAT TEE | PENYERANG |
10 | MOHAMAD AKHIMULLAH ANUAR ESOOK | PENYERANG |
PEGAWAI | ||
1 | HASNIZAM HASSAN | TEAM LEADER |
2 | MOHAMAD SUKRI ABDUL MUTALIB | PENGURUS |
3 | ERLING WALLACE TAN | KETUA JURULATIH |
4 | WAN MOHD ROSLAN WAN ABDUL RAHMAN | PENOLONG JURULATIH |
