TNB MJHL (Perempuan) : Empat Pasukan Rebut Kedudukan Ke-9 Hingga Ke-12

In MAIN

Empat perlawanan klasifikasi kedudukan ke-9 hingga ke-16, TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) Kategori Perempuan berlangsung hari ini dengan empat pasukan mengesahkan slot mereka bagi merebut kedudukan terbaik ke-9 hingga ke-12.

MSNS/PHS/SSMS (Sabah), SSN ZA`BA / PHNS / KPHA, SSN Predators Girls dan CS Mustang Hockey Team, yang berjaya meraih kemenangan pada aksi klasifikasi hari ini akan mara ke satu lagi perlawanan klasifikasi merebut kedudukan terbaik ke-9 hingga ke-12.

Pada pusingan pertama klasifikasi kedudukan ke-9 hingga ke-16 yang berlangsung hari ini, MSNS/PHS/SSMS (Sabah), yang turun bertemu MSS Selangor – MBDK Development berjaya membuka tirai jaringan pada minti ke-13 selepas Ajurah Kauran mencetak nama selaku penjaring gol padang.

Bagaimanapun dua kemudian, Nur Aina Dania Mokhtaruddin merapatkan kembali kedudukan juga menerusi gol padang dan kedudukan 1-1 kekal hingga tamat aksi separuh masa pertama.

Minit ke-51 MSNS/PHS/SSMS (Sabah) berjaya menjarakkan kembali kedudukan hasil gol padang Nor Syakirah Fatin Mohd Rashid sebelum Ajurah Kauran mencetak gol kedua peribadi dan juga gol kemenangan buat MSNS/PHS/SSMS (Sabah) pada minti ke-56.

Sementara itu lawan yang akan menanti MSNS/PHS/SSMS (Sabah) di pusingan kedua klasifikasi kedudukan ke-9 hingga ke-12 ialah SSN Za’ba/PHNS/KPHA yang meraih kemenangan 1-0 ke atas GR Highlander Girls.

Jaringan tunggal Putri Nur Qaleesya Omar pada ke-34 pastinya menjadi gol yang cukup bermakna buat SSN Za’ba/PHNS/KPHA dalam meraih kemenangan hari ini selepas diberikan tentang hebat daripada lawan mereka.

Lain-lain perlawanan yang turut berlangsung menyaksikan SSN Predator Girls meraih kemenangan 3-2 ke atas JM Hawks Auroras akan bertemu CS Mustang Hockey Team yang turut meraih kemenangan 2-0 ke atas SSN Kedah dalam satu lagi aksi klasifikasi kedudukan ke-9 hingga ke-12.

Keputusan yang berlangsung hari ini juga sekaligus menyaksikan JM Hawks Auroras akan bertemu SSN Kedah dan GR Highlander Girls akan bertemu MSS Selangor – MBDK Development dalam perlawanan klasifikasi kedudukan ke-13 hingga ke-16.

Keputusan hari ini:

SSN Predator Girls 3-2 JM Hawks Auroras

CS Mustang Hockey Team 2-0 SSN Kedah

SSN Za’ba/PHNS/KPHA 1-0 GR Highlander Girls

MSNS/PHNS/SSMS (Sabah) 3-1 MSS Selangor – MBDK Development

 

Recent Posts

Leave a Comment