Malacca High School HT,Negeri Sembilan Berentap Di Final Zon Tengah Divisyen 2 TNB MJHL

In MAIN

Malacca High School HT dan Negeri Sembilan mengesahkan tempat di final Zon Tengah Divisyen 2, TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2024 selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Pada aksi separuh akhir melibatkan Malacca High School HT, pasukan itu berjaya menewaskan juara Kumpulan B, R2S HC 1-0 hasil gol tunggal dijaringkan oleh Safuwan Sharudin.

Gol padang dihasilkan Safuwan pada minit ke-43 itu membolehkan Malacca High School HT menempah tempat di final menentang Negeri Sembilan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada petang esok.

Pengurus Malacca High School HT, Nurulakmaluden Jamaian berkata; dengan dedikasi semua pihak terutama daripada pemain dan barisan kejurulatihan serta ibu bapa, itu membuat pemain-pemain bersemangat untuk mara ke final.

“Kami memang meletakkan sasaran untuk mara ke final. Kejayaan ini diraih hasil usaha keras pemain-pemain.

“Untuk perlawanan akhir nanti kami akan cuba melakukan lebih baik termasuk dua lagi perlawanan selepas ini,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Negeri Sembilan menepati ramalan untuk mara ke final apabila menewaskan SSN Predators Boys dengan keputusan 2-0.

Kedua-dua gol itu bagaimanapun terhasil pada suku ketiga iaitu menerusi dua pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Amandeep Singh.

Sementara itu, empat perlawanan yang turut berlangsung hari ini melibatkan lapan pasukan lain menyaksikan pasukan-pasukan tersebut telah menamatkan kempen mereka di TNBMJHL 2024 bagi Zon Tengah selepas berakhirnya perlawanan penentuan kedudukan yang berlangsung hari ini.

Keputusan hari ini:

ZON TENGAH

SEPARUH AKHIR : NEGERI SEMBILAN 2-0 SSN PREDATORS BOYS
SEPARUH AKHIR: R2S HC 0-1 MALACCA HIGH SCHOOL HT

KEDUDUKAN 11/12 : KL SIKH SPORTS RC 6-0 MALACCA HIGH SCHOOL JR

KEDUDUKAN 9/10 : GR HIGHLANDER BOYS 3-1 KELAB HOKI PAYA RUMPUT

KEDUDUKAN 7/8 : KL CITY 1 (SHOOT OUT : 1-2) 1 TBSS-MSSMNS-PHNS

KEDUDUKAN 5/6 : PPHT THUNDERBOLTS 5-0 HULU SELANGOR DEVELOPMENT

 

ZON UTARA

KUMPULAN B

SMKDLP 1-2 MUTIARA IMPIAN YOUNG BOYZ

STAR ANACONDA 1-2 JM HAWKS

Recent Posts

Leave a Comment