India Dan China Ujian Awal Skuad Wanita Negara Di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2026

Pertemuan menentang India dan China dalam dua perlawanan pertama bakal menjadi ujian penting buat skuad Hoki Wanita Kebangsaan apabila memulakan kempen pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2026 di Bhopal, India, dari 19 hingga 28 November ini. Ketua Jurulatih Hoki Wanita Kebangsaan, C.R. Kumar, bagaimanapun melihat jadual perlawanan tersebut sebagai peluang terbaik untuk menguji tahap […]

Speedy Tigers Raih Gangsa ACT 2026, Podium Kedua Dalam Tempoh Sebulan

Pengorbanan selama 41 hari di bumi Afrika Selatan pada pertengahan tahun ini kini mula menampakkan hasil buat Skuad Senior Lelaki Kebangsaan apabila berjaya menaiki podium antarabangsa kedua dalam tempoh sebulan. Selepas meraih pingat perak Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 awal Oktober lalu, Speedy Tigers meneruskan momentum itu dengan memenangi tempat ketiga Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia […]

Speedy Tigers Terlepas Final, Fokus Buru Tempat Ketiga

Hasrat Skuad Senior Lelaki Kebangsaan beraksi di pentas final untuk kali kedua berturut-turut dalam tempoh kurang sebulan pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di Punjab, India tidak menjadi kenyataan. Speedy Tigers terpaksa akur beraksi di penentuan tempat ketiga dan keempat esok selepas tewas 3-5 kepada Jepun menerusi penalti shoot-out setelah seri 0-0 dalam […]

Speedy Tigers Alih Fokus Separuh Akhir

Ketua Jurulatih Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, Brendon Carolan menyifatkan kegagalan menyudahkan peluang menjadi faktor kekalahan 1-2 kepada Jepun dalam aksi terakhir peringkat liga sepusingan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di Punjab, India hari ini. Bagi Carolan, beliau merasakan anak-anak buahnya sedikit kepenatan selepas bermain dua perlawanan berintensiti tinggi berturut-turut termasuk tewas 2-4 kepada […]

Speedy Tigers Beri Tentangan Sebelum Tewas Kepada India

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan mencatat kekalahan pertama dalam kempen Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 selepas tewas 2-4 kepada tuan rumah India. Meskipun tewas tetapi Speedy Tigers masih berjaya memberikan tentangan sengit kepada India yang merupakan juara bertahan Sukan Asia dalam aksi di Stadium Hoki Surjit, Punjab itu. Ketua Jurulatih Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, […]

Tiga Perlawanan, Tiga Kemenangan Buat Malaysia

Skuad hoki lelaki kebangsaan meneruskan rentak cemerlang di Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Bangladesh 6-1 hari ini. Selepas membuka kempen dengan kemenangan ke atas China sebelum menundukkan Korea dalam perlawanan kedua, Speedy Tigers sekali lagi tampil meyakinkan untuk meneruskan momentum positif di Punjab, India. Bangladesh menjadi […]

Speedy Tigers Jinakkan Korea Selatan

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan mempamerkan rentak dominan dalam kemenangan 3-1 ke atas Korea Selatan pada aksi kedua Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di Punjab, India hari ini.   Ketua Jurulatih Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, Brendon Carolan gembira dengan keseluruhan prestasi anak-anak buahnya yang berjaya mengawal permainan selain turut memperlihatkan peningkatan dari segi aspek […]

Menang Sahaja Belum Cukup, Carolan Mahu Speedy Tigers Tampil Lebih Baik

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan memulakan kempen Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 dengan kemenangan 5-4 ke atas China. Namun, Ketua Jurulatihnya, Brendon Carolan menegaskan Speedy Tigers perlu meningkatkan prestasi bagi menghadapi cabaran seterusnya.   Meskipun berjaya mengutip kemenangan dalam aksi pembukaan di Stadium Hoki Olympian Surjit Singh, Carolan mengakui persembahan anak buahnya tidak mencapai […]

Kebangkitan Epik Young Tigers Juarai Piala Sultan Johor 2026

Kejuaraan yang ditunggu-tunggu selama 15 tahun akhirnya terlerai menerusi kejayaan Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan menjuarai Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2026 sejak kali terakhir memenanginya pada 2011.   Semangat tidak kenal erti kalah menjadi kunci kejayaan Young Tigers yang terus mencipta kebangkitan untuk menewaskan Pakistan 4-3 menerusi penalti shoot-out setelah terikat 2-2 dalam aksi […]

Young Tigers Belasah Kanada, Keyakinan Memuncak Ke Final

Kemenangan besar 6-1 ke atas Kanada secara tidak langsung melonjakkan semangat dan keyakinan Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan menghadapi final Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2026 menetang Pakistan esok.   Ketua Jurulatih Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin menuntut para pemain agar mengekalkan ketajaman sama di hadapan gawang gol dalam aksi final di […]