Speedy Tigers Terus Mengaum, 100% Kemenangan Ke Separuh Akhir

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan kini hanya selangkah lagi untuk beraksi di pentas final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengesahkan tempat ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan B.   Lebih manis, Speedy Tigers mara ke penentuan empat terbaik itu dengan rekod kemenangan 100 peratus daripada lima perlawanan Kumpulan B termasuk menewaskan China 5-0 hari ini.   […]

Malaysian Tigresses Akur Terlepas Slot Separuh Akhir

Skuad Senior Wanita Kebangsaan terpaksa akur terlepas ke separuh akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas tewas tipis 1-2 kepada pasukan No.17 dunia, Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan A hari ini.   Keputusan pada pertemuan di Stadium Kawasaki Juko, Kakamigahara itu menyaksikan Malaysian Tigresses akan meneruskan aksi di perlawanan klasifikasi kelima hingga lapan pada 30 […]

Kebangkitan Dramatik Speedy Tigers, Selangkah Sah Slot Separuh Akhir

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan mempamerkan kebangkitan cukup membanggakan untuk meneruskan rentak cemerlang dengan menewaskan Pakistan 5-4 pada aksi keempat Kumpulan B Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini.   Lebih manis, kejayaan ini turut mengukir sejarah buat The Speedy Tigers apabila mereka menamatkan penantian untuk menewaskan Pakistan dalam perlawanan masa penuh di pentas Sukan Asia, semenjak […]

Peluang Malaysian Tigress Ke Separuh Akhir Kembali Terbuka

Skuad Senior Wanita Kebangsaan kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan Taiwan 5-0 dalam aksi keempat Kumpulan B Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Stadium Kawasaki Juko, Kakamigahara hari ini.   Kemenangan itu amat berharga buat Malaysian Tigress kerana ia menghidupkan semula peluang ke separuh akhir selepas tewas 0-4 kepada finalis Sukan Olimpik Paris 2024, China dalam […]

Speedy Tigers Terus Mengganas, Ledak 24 gol Dalam 3 Aksi

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan terus menunjukkan prestasi berkualiti apabila merakam kemenangan ketiga di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan Thailand 10-0 hari ini.   Kemenangan besar di Stadium Kawasaki Juko, Kakamigahara itu amat penting buat Speedy Tigers yang kini sudah menduduki tangga pertama Kumpulan A dengan 24 gol tanpa bolos selepas tiga perlawanan.   Ketua […]

Malaysian Tigresses Pamer Aksi Terbaik Menentang China

Walaupun tewas, tetapi Skuad Senior Wanita Kebangsaan berjaya mengekang finalis Sukan Olimpik Paris 2024, China daripada merakam kemenangan besar dalam aksi ketiga Kumpulan A Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini.   China yang ketika ini di ranking keempat dunia, mencatat kemenangan 4-0 ke atas Malaysian Tigresses dan ia satu petanda positif bagi kem negara jika […]

Speedy Tigers Terus Kekalkan Rekod Bersih

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan meneruskan rentak cemerlang di pentas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan kemenangan kedua selepas menewaskan Oman 7-0 di Stadium Kawasaki Juko, Kakamigahar hari ini.   Ketua Jurulatih Speedy Tigers, Brendon Carolan gembira dengan prestasi ditampilkan barisan pemain hari ini. Apa yang positif adalah para pemain berjaya meledak lima jaringan padang satu pukulan […]

Malaysian Tigresses Bangkit Ledak Tiga Gol Atasi Bangladesh

Ketua Jurulatih Skuad Senior Wanita Kebangsaan, C.R. Kumar menganggap kemenangan 3-1 ke atas Bangladesh dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan Asia Aichi-Nagoya hari ini adalah pengajaran terbaik buat anak-anak buahnya.   Malaysian Tigresses berdepan kesukaran untuk mencari gol penyamaan sehinggalah meraih tiga gol dalam 20 minit terakhir untuk mengutip enam mata daripada dua perlawanan di […]

Permulaan sempurna Speedy Tigers di Sukan Asia Aichi-Nagoya

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan membuka kempen Kumpulan B Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan langkah sempurna menerusi kemenangan besar 7-0 ke atas Uzbekistan di Stadium Kawasaki Juko, Kakamigahara hari ini.   Paling mencuri tumpuan sudah tentu kecemerlangan Faizal Saari meledak hatrik dalam perlawanan itu menerusi jaringan padang pada minit ke-15, pukulan sudut penalti (m-24) dan penalti […]

Langkah Lanan Malaysian Tigresses Di Pentas Sukan Asia

Skuad Senior Wanita Kebangsaan memulakan kempen Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan langkah positif menerusi kemenangan dominan 5-0 ke atas Kazakhstan pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Kawasaki Juko hari ini.   Bagaimanapun, Malaysian Tigresses berpeluang memenangi aksi di Kakamigahara, Gifu itu dengan keputusan yang lebih besar apabila memiliki banyak peluang termasuk tujuh pukulan sudut […]