Sebagai persediaan bagi menghadapi Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023, Kuala Lumpur, yang akan berlangsung pada Disember tahun ini, Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan kini telah memulakan persiapan awal dengan menjalani siri Jelajah Australia yang berlangsung daripada 17 hingga 31 Januari 2023 di Perth Australia.
Siri jelajah yang diatur ini adalah sebagai pendedahan buat Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan bagi mendapatkan perlawanan yang berintensiti tinggi menentang pasukan Kelab di Australia iaitu Western Australian Institute of Sport (WAIS) B-21 dan seramai 20 pemain dibawa mengikuti siri jelajah ini.
Sebanyak enam perlawanan telah diatur dan daripada 20 pemain yang disenaraikan, dua daripadanya merupakan penjaga gol, enam pemain pertahanan, enam pemain di bahagian tengah sementara enam lagi merupakan penyerang dan lingkungan usia pemain adalah 17 hingga 21 tahun.
Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Muhamad Amin Rahim akan berlepas ke Perth, esok (Rabu – 17 Januari) jam 5.50 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jelas Amin Rahim, apa yang beliau mahukan daripada siri jelajah ini adalah anak-anak buahnya mengutip pengalaman sebanyak mungkin dan menjadikan pendedahan yang diberikan ini sebagai salah satu medan pembelajaran untuk menjadikan mereka pemain yang lebih baik.
“Selepas sesi pemilihan pemain diadakan baru-baru ini, Siri Jelajah Perth merupakan langkah pertama bagi mempersiapkan pasukan ini menuju ke misi utama pasukan iaitu mara ke separuh akhir Piala Dunia Remaja 2023 yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.
“Beberapa siri jelajah lain juga sedang diatur dan bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa kejohanan antarabangsa yang bakal disertai oleh pasukan seperti Piala Asia Remaja yang masih belum dimuktamatkan lagi tarikh dan venue kejohanan, Sukan SEA Kemboja dan Piala Sultan Johor 2023 sebelum menuju ke Kejohanan Piala Dunia Remaja Lelaki 2023, Kuala Lumpur.
“Saya berharap setiap pemain yang diberikan kepercayaan bersama pasukan ini akan mengambil peluang tersebut dengan sebaiknya. Mereka perlu buktikan mengapa mereka harus terus kekal berada di dalam pasukan sehingga kejohanan Piala Dunia 2023. Sebagai tuan rumah, kami akan bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi kejohanan tersebut,” jelas Amin Rahim.
Berikut merupakan senarai 20 pemain Skuad Projek Khas Lelaki Keabngsaan yang mengikuti Siri Jelajah Perth Australia pada 17 hingga 31 Januari 2023.
Berikut merupakan jadual perlawanan persahabatan yang telah diatur :
NO | NAMA | POSISI |
1 | Mohamad Rafaizul Mohamad Saini | PENJAGA GOL |
2 | Muhammad Danish Afnan Mohd Faizal | PENJAGA GOL |
3 | Mohd Fauzan Shah Mohd Nizam | PERTAHANAN |
4 | Azmilmuizzuddin Misron | PERTAHANAN |
5 | Perabu Tangaraja | PERTAHANAN |
6 | Muhammad Faris Harizan | PERTAHANAN |
7 | Muhammad Alief Adha Akhbar | PERTAHANAN |
8 | Wan Muhammad Najmie Ahmad Dzaib | PERTAHANAN |
9 | Mughni Mohamad Kamal | TENGAH |
10 | Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar | TENGAH |
11 | Muhammad Khairul Norizam | TENGAH |
12 | Alfarico Lance Liau Jr | TENGAH |
13 | Muhammad Addy Jazmi Jamlus | TENGAH |
14 | Muhammad Handzalah Abdul Hadi | TENGAH |
15 | Mohamad Shamir Rizmi Shamsul | PENYERANG |
16 | Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini | PENYERANG |
17 | Mohammad Harris Iskandar Osman | PENYERANG |
18 | Muhammad Amirul Haniff Mamat | PENYERANG |
19 | Che Nur Aqirullah Che Mohd Khaurulzi Anwar | PENYERANG |
20 | Muhammad Hazreeq Alief Rosli | PENYERANG |
NO | HARI | TARIKH | PERLAWANAN | MASA | VENUE |
1. | SABTU | 21 JAN 2023 | MALAYSIA v U-21 WAIS | 6:30 PETANG | Stadium Hoki Universiti Curtin |
2. | AHAD | 22 JAN 2023 | MALAYSIA v U-21 WAIS | 6:30 PETANG | Stadium Hoki Universiti Curtin |
3. | SELASA | 24 JAN 2023 | MALAYSIA v U-21 WAIS | 6:30 PETANG | Stadium Hoki Universiti Curtin |
4. | JUMAAT | 27 JAN 2023 | MALAYSIA v U-21 WAIS | 6:30 PETANG | Stadium Hoki Universiti Curtin |
5. | AHAD | 29 JAN 2023 | MALAYSIA v U-21 WAIS | 6:30 PETANG | Stadium Hoki Universiti Curtin |
6. | ISNIN | 30 JAN 2023 | MALAYSIA v U-21 WAIS | 6:30 PETANG | Stadium Hoki Universiti Curtin |
** Masa perlawanan adalah Waktu Malaysia |