TNB Piala Tun Abdul Razak 2017: Perak Terajui Kumpulan B, Divisyen Satu

Perak muncul selaku peneraju Kumpulan B, Divisyen Satu TNB Piala Tun Abdul Razak 2017 selepas menewaskan lawan mereka, Negeri Sembilan 3-2 pada aksi yang berlangsung di padang satu Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh Perak, sementara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Johor yang beraksi di padang dua terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata apabila perlawanan berkesudahan dengan 4-4.

Jaringan hatrik Muhammad Haziq Samsul menerusi dua pukulan sudut penalti dan satu gol padang nyata membantu tuan rumah untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pertama kumpulan B.

Perak mempunyai peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan selepas tiga minit suku kedua bermula apabila dihadiahkan dengan dua pukulan sudut penalti berturut-turut namun buntu untuk menterjemahkannya kepada jaringan.

Bagaimanapun seminit selepas bersambung separuh masa kedua, Haziq Samsul membuka tirai jaringan buat Perak apabila bijak memanafaatkan kekalutan pertahanan Negeri Sembilan di hadapan pintu gol.

Memasuki minit ke-38 Haziq Samsul sekali lagi mencatat nama selaku penjaring menerusi jaringan padangnya untuk meletakkan Perak terus di hadapan 2-0.

Negeri Sembilan yang ketinggalan dua gol bangkit untuk merapatkan kedudukan pada suku keempat apabila kelebihan pukulan sudut penalti dimanafaatkan oleh Kevin Kartik Govindasamy untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Tersentak dengan jaringan Negeri Sembilan, Perak menggandakan asakan dan usaha mereka membuahkan hasil apabila dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti pada minit ke-56, Haziq Samsul menjaringkan hatrik untuk Perak kembali selesa di hadapan, 3-1.

Beberapa saat sebelum masa perlawanan sebenar berakhir, Aiman Haqim Badrulhishaam menjaringkan gol kedua buat Negeri Sembilan bagaimanapun jaringan tersebut tidak cukup untuk menyekat hasrat Perak untuk mengutip mata penuh dan keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dalam satu lagi aksi yang berlangsung di antara PDRM dan Johor, kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

PDRM meledak empat gol menerusi Baljit Singh Sarjab Singh (m’19, PC dan 50’PC) dan Muhammad Razie Rahim (m’22 FG dan m’57 PC) sementara empat gol Johor disumbangkan oleh dua jaringan Mohamad Nor Hafiq Abdul Gaffar (m’45 PC dan m’59 PC), dan dua gol lagi menerusi Faiz Helmi Jali (m’26 FG) dan Mohamad Syafiq Mohamed Zain (m’37 PC).

Berikut merupakan lain-lain keputusan hari ini (5 November 2017) :

Divisyen Dua (Group A)
Indonesia 2-3 Kelantan
Pahang 0-2 Selangor

Divisyen Dua (Group B)
Perlis 6-0 Singapura
ATM 2-2 Kedah

Jadual perlawanan esok (6 November 2017) :
Divisyen Dua (Group A)
6.00 petang, Padang 1: Indonesia mln Pahang
6.00 petang, Padang 2: Kelantan mln Thailand

Divisyen Satu (Group A)
8.00 malam, Padang 1: Melaka mln Terengganu
8.00 malma, Padang 2: Pulau Pinang mln Kuala Lumpur

Recent Posts

Leave a Comment