Aksi suku keempat antara Malaysia menentang Singapura hanya akan dimainkan pada hari esok, Isnin (30 Oktober 2017) selepas perlawanan yang telah ditangguhkan selama 30 minit itu masih gagal untuk disambung kembali ekoran hujan lebat yang terus turun serta memaksa perlawanan untuk dihentikan.

Malaysia bagaimanapun telah selesa mendahulu Singapura 7-0 pada tiga suku perlawanan yang telah berjalan. Kesemua tujuh jaringan skuad negara disumbangkan oleh Fatin Shafika Sukri (13’ FG), Surizan Awang Noh (14’ FG), Nuraslinda Said (19’ PC & 33’ FG), Hanis Nadiah Onn (25’ FG), Nuraini Rashid (28’ PC) dan Norbaini Hashim (36’ PC).

Malaysia akan turun menyambung aksi suku keempat pada jam 12 tengah hari waktu Malaysia dengan membawa bekalan tujuh jaringan yang telah terhasil hari ini dan perlawanan esok sekaligus akan menentukan jumlah jaringan sebenar skuad negara bagi aksi kedua kumpulan A menentang Singapura.