Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi Pengerusi Jawatankuasanya, Dato’ Ahmad Najmi Abdul Razak mengesahkan setelah hampir dua tahun tiada sebarang siri jelajah yang dapat diatur buat Skuad Senior Lelaki Kebangsaan ekoran penularan wabak Pandemik Covid-19, skuad bimbingan Arulselvaraj itu akhirnya akan ke London, United Kingdom, atas jalinan kerjasama antara KHM dan Great Britain Hockey.

Skuad Kebangsaan akan berlepas pada awal pagi 19 September ini dan akan terus berada di bumi United Kingdom sehingga 22 Oktober 2021 bagi Siri Jelajah United Kingdom 2021. Ujar Dato’ Ahmad Najmi, seramai 23 pemain akan menyertai siri jelajah ini termasuk tiga penjaga gol, tujuh pemain pertahanan, lapan pemain di posisi tengah dan lima pemain di bahagian serangan.

Menerusi senarai 23 pemain yang dibawa ke Siri Jelajah United Kingdom juga dapat disaksikan, tiga pemain yang sebelum ini membantu Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan, iaitu Muhammad Shafiq Hassan (pertahanan), Shello Silverius (penyerang) dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (penyerang) telah menyertai Skuad Senior Lelaki Kebangsaan sepenuhnya dan akan kekal bersama skuad senior sehingga sesi pemilihan baru dilakukan oleh Arulselvaraj.

“Sebanyak 10 perlawanan telah diatur buat skuad negara sepanjang keberadaan mereka di sana. Ini termasuk empat perlawanan menentang pasukan kelab dan tujuh perlawanan menentang pasukan kebangsaan seperti Ireland, Wales, dan Perancis,” jelas Dato’ Ahmad Najmi.

Perlawanan tersebut juga akan digunakan oleh Arulselvaraj bagi menilai prestasi skuad bimbingannya termasuk melihat di mana tahap pasukannya itu untuk setakat ini.

Selain itu, Siri Jelajah United Kingdom ini juga turut dijadikan sebagai salah satu siri persediaan skuad negara bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 yang juga merupakan perlawanan kelayakan bagi Hoki Piala Dunia 2023.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut yang diperlukan sila hubungi Dato’ Ahmad Najmi selaku Pengerusi Jawatankuasa, Pengurus Pasukan, Dato’ Mirnawan Nawawi atau Ketua Jurulatih, Arulselvaraj.

 

Berikut merupakan senarai 23 pemain yang akan mengikuti Siri Jelajah United Kingdom 2021

BIL NAMA POSISI
1. MUHAMMAD HAFIZUDDIN B. OTHMAN PENJAGA GOL
2. ADRIAN ANDY ALBERT PENJAGA GOL
3. MOHAMMAD HAIRI B. ABDUL RAHMAN PENJAGA GOL
4. MUHAMMAD RAZIE B. ABDUL RAHIM PERTAHANAN
5. MUHAMMAD MARHAN B. MOHD JALIL PERTAHANAN
7. SYED MOHAMAD SYAFIQ B. SYED CHOLAN PERTAHANAN
8. MUHAMMAD AMINUDDIN B. MOHD ZAIN PERTAHANAN
19. MUHAMMAD AZRI B. HASSAN PERTAHANAN
10. MUHAMMAD NAJMI FARIZAL B. JAZLAN PERTAHANAN
11. MUHAMMAD SHAFIQ B. HASSAN PERTAHANAN
12. NIK MUHAMMAD AIMAN B. NIK ROZEMI TENGAH
13. FAIZ HELMI B. JALI TENGAH
14. MUHAMAD RAMADAN B. ROSLI TENGAH
15. MOHAMAD ASHRAN B. HAMSANI TENGAH
17. MEOR MUHAMMAD AZUAN B. HASSAN TENGAH
16 ZULPIDAUS B. MIZUN TENGAH
17. MUHAMMAD NAJIB B. ABU HASSAN TENGAH
18. FAIZAL B. SAARI TENGAH
19. NORSYAFIQ B. SUMANTRI PENYERANG
20. MUHAMMAD FIRHAN B. ASHAARI PENYERANG
21. MUHAMMAD SHAHRIL B. SAABAH PENYERANG
22. SHELLO SILVERIUS PENYERANG
23. MUHAMMAD AZRAI AIZAD B. ABU KAMAL PENYERANG

 

Berikut merupakan jadual perlawanan Skuad Senior Lelaki Kebangsaan sepanjang Siri Jelajah United Kingdom 2021

BIL PERLAWANAN TARIKH VENUE
1. Malaysia Lwn Old Georgians H.C 26 September St. Georges College
2. Malaysia Lwn Surbiton H.C 28 September Surbiton Club
3. Malaysia Lwn Hampstead & Westminster H.C 29 September Paddington Recreation club
4. Malaysia Lwn Beeston H.C 1 Oktober Nottingham Hockey Centre
5. Malaysia Lwn Ireland 5 Oktober Lisnagarvey
6. Malaysia Lwn Ireland 6 Oktober Lisnagarvey
7. Malaysia Lwn Wales 9 Oktober Wales Hockey Centre
8. Malaysia Lwn Wales 12 Oktober Reading Hockey Club
9. Malaysia Lwn France 15 Oktober Wales Hockey Centre
10. Malaysia Lwn France 18 Oktober Wales Hockey Centre