Penganjuran TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2024 mencatat penyertaan tertinggi sejak 2016, apabila 49 pasukan keseluruhan dalam kategori Divisyen 1, Divisyen 2 (Lelaki) dan Perempuan mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan berkenaan.

Kejohanan yang membuka tirai pada 24 Mei hingga 29 Jun ini, akan menyaksikan keseluruhan jumlah 174 perlawanan bakal berlangsung sepanjang kejohanan.

Bagi Divisyen 1 sebanyak 10 pasukan lelaki bakal berentap memburu kejuaraan dan bakal bermula pada 24 Mei dengan venue perlawanan berlangsung di laman rasmi masing-masing.

Manakala, 22 pasukan lelaki Divisyen 2 yang dibahagikan kepada dua Zon iaitu Zon Utara akan beraksi di Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang dan Zon Tengah di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, bermula 4 Jun ini.

Sementara itu, kategori perempuan melibatkan persaingan 17 pasukan di Divisyen 2 dan semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, bermula 4 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu berkata sambutan TNB MJHL pada tahun ini cukup meriah sekaligus mencatat jumlah penyertaan pasukan tertinggi.

Jelasnya, tiada sebarang sekatan atau had jumlah pemain dikenakan kepada mana-mana pasukan untuk menggunakan pemain kebangsaan dalam saingan kali ini.

“Ini adalah penyertaan pasukan tertinggi sejak 2016. Semua pemain remaja kebangsaan dibenarkan untuk beraksi di saingan liga ini tanpa sekatan.

“Bagi pasukan di Divisyen 1, seperti biasa, penglibatan pasukan adalah mengikut proses yang ditetapkan. MSSPP-PSHA dan SMIDIN-MSNT yang merupakan dua pasukan terbaik Divisyen 2 pada musim lalu telah dinaikkan beraksi di Divisyen 1 musim ini, manakala  di dalam Divisyen 2 kita akan dapat saksikan penampilan beberapa pasukan baru,” katanya.

Untuk rekod, saingan edisi lalu menyaksikan SSTMI Thunderbolts muncul juara Divisyen 1 dan Piala TNB manakala Divisyen 2 menjadi milik MSSPP-PSHA sementara SSTMI-PKS UNITEN dinobatkan juara bagi kategori perempuan.

Berikut merupakan senarai penuh pasukan yang mengambil bahagian pada saingan TNB MJHL 2024.

Lelaki – DIVISYEN 1

NO TEAM NAME HOME GROUND STATE
1 SSTMI THUNDERBOLTS SSTMI JOHOR
2 SSBJ THUNDERBOLTS STADIUM HOKI KPM KUALA LUMPUR
3 AHP-MSP THUNDERBOLTS STADIUM HOKI WISMA BELIA PAHANG
4 PHJ/ MSNJ STADIUM HOKI BATU PAHAT JOHOR
5 ANDERSON THUNDERBOLTS STADIUM SULTAN AZLAN SHAH PERAK
6 SSBJ JUNIOR STADIUM HOKI KPM KUALA LUMPUR
7 SSTMI JUNIORS SSTMI JOHOR
8 AKADEMI HOKI MBPJ KPM BANGSAR KUALA LUMPUR
9 MSSPP-PSHA STADIUM HOKI BERTAM PULAU PINANG
10 SMIDIN-MSNT STADIUM HOKI BATU BURUK TERENGGANU

 

DIVISYEN 2 (Zon Utara)

NO TEAM NAME STATE
1 MSNS/PHS/SSMS (SABAH) SABAH
2 YOUNG LION THUNDERBOLT PERLIS
3 ANDERSON JUNIORS PERAK
4 JM HAWKS PULAU PINANG
5 PERSATUAN HOKI KEDAH DA KEDAH
6 MUTIARA IMPIAN YOUNG BOYZ-SSNPP PULAU PINANG
7 JM HAWKS BIOHYDRA PULAU PINANG
8 JM HAWKS ANTSBEES PULAU PINANG
9 SMKDLP KEDAH
10 STAR ANACONDA PERAK

 

DIVISYEN 2 (Zon Tengah)

NO TEAM NAME STATE
1 PPHT THUNDERBOLTS SELANGOR
2 TBSS-MSSMNS-PHNS NEGERI SEMBILAN
3 SSN PREDATOR BOYS MELAKA
4 MALACCA HIGH SCHOOL HT MELAKA
5 KUALA LUMPUR SIKH SPORTS AND RECREATION CLUB KUALA LUMPUR
6 R2SHC NEGERI SEMBILAN
7 KELAB HOKI PAYA RUMPUT MELAKA
8 NEGERI SEMBILAN NEGERI SEMBILAN
9 MALACCA HIGH SCHOOL JR MELAKA
10 KL CITY KUALA LUMPUR
11 HULU SELANGOR DEVELOPMENT SELANGOR
12 GR HIGHLANDER BOYS PERAK

 

PEREMPUAN

NO TEAM NAME STATE
1 SSTMI PKS UNITEN JOHOR
2 PAHANG SSNP-MSP PAHANG
3 KL CITY-KLSS KUALA LUMPUR
4 AKADEMI HOKI MBPJ KUALA LUMPUR
5 NEGERI SEMBILAN-MSNS NEGERI SEMBILAN
6 SOUTHERN/ PHJ/ MSNJ JOHOR
7 MUTIARA-MSSPP-PSHA-UNITEN PULAU PINANG
8 SSN PREDATOR GIRLS MELAKA
9 SMKSMAB/ PPDKS/ MSNK KEDAH
10 CS MUSTANG HT KUALA LUMPUR
11 SSN KEDAH KEDAH
12 JM HAWKS AURORAS PULAU PINANG
13 MSNS/PHS/SSMS (SABAH) SABAH
14 SSN ZA’BA/ PHNS/ KPHA NEGERI SEMBILAN
15 GR HIGHLANDER BIRLS PERAK
16 RPS BRAVO PERAK
17 MSS SELANGOR GIRLS SELANGOR

 

Tags: